Ya ALLAH,
Bantulah aku untuk sentiasa sujud dan rukuk kepadaMU dalam solatku,
Bantulah aku untuk sentiasa sujud dan rukuk kepadaMu dalam setiap urusan akhiratku,
Bantulah aku untuk sentiasa sujud dan rukuk kepadaMu dalam setiap urusan duniaku,
Bantulah aku untuk sentiasa sujud dan rukuk kepadaMu dalam seluruh kehidupanku,
Bantulah aku untuk sentiasa sujud dan rukuk kepadaMu ketika aku berseorangan atau  ketika aku bersama manusia lain,
Bantulah aku…………..
Supaya aku hanya menjadi hambaMu,
Bukan hamba kepada makhluk,
Bukan juga hamba kepada manusia,
Atau lebih teruk……… hamba kepada nafsuku sendiri,
Walau hanya seketika,
Walau hanya sedetik,
Atau waktu yang lebih cepat dari itu……….

Advertisements