Ya ALLAH,
Bantulah aku untuk sentiasa sujud dan rukuk kepadaMU dalam solatku,
Bantulah aku untuk sentiasa sujud dan rukuk kepadaMu dalam setiap urusan akhiratku,
Bantulah aku untuk sentiasa sujud dan rukuk kepadaMu dalam setiap urusan duniaku,
Bantulah aku untuk sentiasa sujud dan rukuk kepadaMu dalam seluruh kehidupanku,
Bantulah aku untuk sentiasa sujud dan rukuk kepadaMu ketika aku berseorangan atau  ketika aku bersama manusia lain,
Bantulah aku…………..
Supaya aku hanya menjadi hambaMu,
Bukan hamba kepada makhluk,
Bukan juga hamba kepada manusia,
Atau lebih teruk……… hamba kepada nafsuku sendiri,
Walau hanya seketika,
Walau hanya sedetik,
Atau waktu yang lebih cepat dari itu……….

Advertisements

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَآمِنُوا بِرَسُولِهِ يُؤْتِكُمْ كِفْلَيْنِ مِنْ رَحْمَتِهِ

وَيَجْعَلْ لَكُمْ نُورًا تَمْشُونَ بِهِ

وَيَغْفِرْ لَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ (٢٨)

28. Wahai orang-orang Yang beriman! bertaqwalah kamu kepada Allah dan tetaplah beriman

kepada RasulNya (Muhammad), supaya Allah memberi kepada kamu dua bahagian dari

rahmatNya, dan menjadikan bagi kamu cahaya untuk kamu berjalan dengannya, serta

diampunkanNya dosa kamu; dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha

Mengasihani.

QS : Al-Hadid : 28

Semoga target ini dapat dicapai.

Huhuhuhu. Susahnya.

Alhamdulillah…..

Ramai yang telah sedar tentang kepentingan kembali kepada ajaran islam yang sebenar.

Kita dapat lihat di mana2.

Sambutan terhadap program2 islamik sangat tinggi…

Semakin ramai yang berebut-rebut menaja program2 yg berbentuk sedemikian.

Semakin banyak pihak yang ingin melibatkan diri. Termasuk artis.

Perkembangan yang cukup2 bagus.

Namun…………….

Sejarah menunjukkan yang ‘kesedaran’ sahaja tidak cukup untuk merubah nasib sesuatu bangsa.

Apabila sesuatu kawasan yang didiami ramai orang islam tetapi tiada tempat khusus untuk solat berjemaah, sudah tentu ramai yg mempunyai ‘kesedaran’ supaya didirikan sebuah masjid di kawasan itu.

Namun, jika semuanya tidak ‘meningkatkan’ tahap mereka supaya ‘bekerja’ untuk membina masjid maka tidak akan wujudlah masjid.

Oleh itu, setiap orang yang tersedar dari tidur hendaklah bangkit dan bekerja untuk merealisasikan apa yang diimpikan.

Bagi mereka yang ‘bekerja’ untuk ‘menyedarkan’ manusia dari tidur2 mereka. ‘Sedarlah’………

Sudah ramai mereka2 yang yang berkebolehan dalam ‘menyedarkan manusia’. Buku, ceramah, rancangan tv, nasyid dan sebagainya terlalu banyak di pasaran.

Apa yang perlu dibuat seterusnya adalah ‘membina’ manusia2 yang telah sedar ini.

Apakah tujuan kita mengejutkan manusia yang sedang tidur?

Apakah yang perlu mereka buat setelah bangkit?

Apa yang perlu mereka faham?

Apa potensi mereka?

Apa manfaat yang islam dapat dari mereka?

Bagaimana nak buat semua tu?

Pelajarilah ‘seni membina’.

‘Seni membina diri’ dan ‘seni membina orang lain’.

Dah lama tak menulis……………………

Alhamdulillah. Hari ini Allah bagi kelapangan.

Kelapangan masa

Kelapangan hati

Kelapangan ruang

Dan berbagai-bagai ‘kelapangan’ lagi yang kita kadang-kadang tak sedar. Kita sentiasa ‘dihimpit’.

Dihimpit’ ruang.

‘Dihimpit’ masa.

‘Dihimpit’ hutang

‘Dihimpit’ perasaan

Yang sangat-sangat kita tidak sedar adalah ‘dihimpit’ dunia.

Kita hidup dalam masyarakat. Berinteraksi dan bermuamalat. Pergaulan dengan masyarakat sedikit sebanyak mewarnai pemikiran dan perasaan kita. Kalau diperhatikan, interaksi kita dengan masyarakat umum adalah interaksi ‘dunia’. Perbincangan banyak berkisar tentang kehidupan dunia. Bisnes, cari duit lebih, kerja penat, hiburan, tempat-tempat menarik untuk dilancongi, aktiviti-aktiviti mengisi masa dan banyak lagi ‘perbualan dunia’.

Kenapa kita tidak sedar kita sedang ‘dihimpit’ dunia?

Dunia ini adalah tempat ‘ujian’ untuk manusia.

Tempat ‘pemilihan’ manusia terbaik daripada seluruh dunia untuk diletakkan ditempat yang paling mulia.

Maka, jika namanya ‘pemilihan‘. Sudah pasti tak akan lepas dari ‘saringan’. Seperti dimaklumi, saringan akan menyisihkan yang tak baik daripada yang baik. Yang terbaik dari kalangan yang baik.

Saringan berperingkat menentukan kelas-kelas. Setiap kelas ada standard minimum yang perlu dicapai supaya layak. Setiap kali lulus saringan, akan meningkatlah kelas atau standard seseorang itu.

‘Ujian’ di dunia menentukan kelas di akhirat.

Sesiapa yang diuji Allah di dunia, itulah peluang untuk naik ke kelas yang lebih tinggi di akhirat.

Inilah yang digelar ‘kelapangan’ akhirat. Setiap manusia yang diuji akan terasa ‘kesempitan’ di dunia. Kalaulah tujuan hidupnya adalah ‘dunia’ maka semakin ‘sempitlah’ hidupnya. Namun jika tujuan hidupnya adalah akhirat, maka ‘lapanglah’ hidupnya.

Dari itu……..

Marilah kita sama-sama mengejar kelas tertinggi di akhirat dengan ‘kelapangan’ jiwa dalam menghadapi ‘kesempitan’ dunia. Insyaallah akhirat terlalu ‘luas’ untuk terasa ‘sempit’.

Undangan Kahwin Bahagian Luar

Sesiapa yang berminat untuk join majlis khatam quran (lelaki sahaja) bolehlah ikuti tentatif di bawah

5.30pm – berkumpul

5.45pm – pembahagian juzuk

6.45pm – doa dan sedikit tazkirah dari Ustaz Muhammad bin Ismail

7.00pm – buka puasa dan solat maghrib ( makan selepas maghrib)

Masyarakat dunia berdemonstrasi untuk menyelamatkan Palestin.

Itulah usaha-usaha yang diharapkan mampu memberi tekanan kepada pemimpin-pemimpin negara-negara mereka supaya lebih serius dalam menangani masalah ini.

Kerana kita semua telah masak dengan perangai yahudi dan konco-konconya. Sejarah telah menjelaskan kepada kita. Mereka akan tetap meneruskan agenda mereka. Walau satu dunia mengutuk mereka, mereka akan tersenyum sinis sambil bergelak ketawa melihat penderitaan kita.

Namun kita juga mempunyai prinsip. Walau apa yang berlaku kita ada tugas dan agenda. Kita tetap meneruskan apa yang kita semua yakini selama ini. Apa sahaja masalah, penyelesaian hanya satu iaitu ISLAM (pengabdian total kepada ALLAH ). Apabila satu dunia bersetuju dengan solution ini (bukan optional tetapi satu-satunya jalan penyelesaian), maka selesailah masalah ini. Insyaallah al-Haq akan mengalahkan al-Batil. Kebaikan akan mengalahkan kejahatan. Rahmat akan tersebar. Kezaliman akan ditumbangkan. Keamanan dan kedamaian akan dikecapi. Namun ingatkah kita kepada kata-kata Umar al-Faruq R.A ?

ALLAH MEMENANGKAN KITA KE ATAS MUSUH KITA DISEBABKAN MAKSIAT YANG DILAKUKAN OLEH MUSUH KITA

Memang layaklah beliau digelar al-Faruq.

Kenapa kita melawan musuh kita?

Bukankah kita memerangi mereka kerana maksiat mereka terhadap ALLAH?

Bukankah kita memerangi mereka kerana penghambaan mereka terhadap sesama mereka?

Bukankah kita memerangi mereka kerana penghambaan mereka terhadap nafsu mereka?

Persoalannya………….

Bagaimana jika kita melakukan maksiat terhadap ALLAH???????????????

Astaghfirullah

Marilah kita sama-sama koreksi diri kita. Reflekkan tragedi Palestin terhadap diri kita sendiri. Kita nak supaya ALLAH memberi kemenangan terhadap Islam di mana kita menjadi sebahagian daripada anasirnya.

Kita nak supaya kita terus kuat untuk melakukan ketaatan kepadaNya dan kuat dalam menghindarkan diri daripada melakukan maksiat kepadaNya.

YA ALLAH, BANTULAH KAMI DALAM MENGINGATIMU, MENSYUKURI NIKMATMU DAN PERBAIKLAH IBADAH KAMI TERHADAPMU

AGAR…………. KAMI TIDAK MENJADI PUNCA KEPADA KEKALAHAN ISLAM DISEBABKAN KELALAIAN KAMI DALAM MENTAATIMU DAN KECENDERUNGAN KAMI TERHADAP MAKSIAT YANG DIMURKAIMU

AMEEEEN…………….

وَقُلِ اعْمَلُوا فَسَيَرَى اللَّهُ عَمَلَكُمْ وَرَسُولُهُ وَالْمُؤْمِنُونَ وَسَتُرَدُّونَ إِلَى عَالِمِ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ فَيُنَبِّئُكُمْ بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ

 

Segala puji bagi ALLAH yang mencipta kita kemudian mendidik kita sehingga kita menjadi sepertimana kita sekarang

Kemudian ALLAH memberi petunjuk di sepanjang perjalanan hidup kita

Apabila kita berdepan dengan masalah kita buka al-quran dan kita dapati ada penyelesaian di dalamnya

tak kira apa pun masalahnya pasti ada penyelesaian

Bagi orang yang menghabiskan hidupnya untuk islam pasti masalahnya lebih banyak dan lebih besar kerana disitulah letaknya nilai keikhlasan pengorbanan tsabat serta tajarrud

dan disitulah terbinanya muasofat ahli syurga yang dirindui para malaikat dan bidadari

Antara masalah besar yang dihadapi adalah masalah ‘amal

amal yang bagaimana sepatutnya

dalam masalah ini kita telah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW bagaimana untuk beramal

kalau diperhatikan bagaimana dakwah pertama baginda SAW adalah penekanan kepada pengabdian diri hanya kepada ALLAH taala

itu adalah titik utama dakwah ini di mana terletaknya amal kita dan orang yang bersama dengan kita

dan itulah penyelesaian kepada segala permasalahan dunia

maka tugas kita adalah mengabdikan diri kepada ALLAH dan memberi perangsang kepada orang lain untuk mengabdi diri kepada ALLAH serta menerangkan sejelas jelasnya bagaimana untuk mengabdikan diri kepada ALLAH

itulah penyelesaian kepada permasalahan umat dan terbukti melalui pengalaman Rasulullah SAW

Baginda SAW melihat dan merasai permasalahan umatnya setelah hidup bersama mereka

apa yang dilalui oleh baginda SAW sebelum kerasulannya jelas menyebabkan baginda SAW merasa perlu membuat sesuatu untuk menyelamatkan ummatnya yang menyebabkan baginda mengurungkan diri dari masyarakat agar mendapat ilham bagaimanakah penyelesaiannya

dan itulah perancangan ALLAH terhadap kekasihNya

akhirnya wahyu diturunkan sebagai penyelesai masalah ummat

di mana Rasulullah SAW beramal dengan wahyu tersebut sebagai menyelesaikan masalah yang telah lama dikaji Baginda SAW

dan itulah amal yang yang dituntut dari kita

semoga amal kita itu menonjolkan kita kepada ALLAH dan Rasulnya agar kita berhak mendapat redhaNya dan pujianNya di hadapan para malaikat serta kita diklaim oleh Rasulullah SAW sebagai pengikutnya dan berhak bersamanya di syurga

tak kisahlah apa orang lain kata

yang pasti orang orang mukmin akan bersama kita dan mendokong amal amal kita

dan kita dengan penuh keyakinan berhadapan dengan ALLAH di akhirat kelak di mana ALLAH akan memuji kita dengan amal amal kita

INSYAALLAH